Saturday, December 3

Pencarian susu kambing segar di Kuching , Sarawak. (SUSU KAMBING ABU SAMAH)

Assalamualaikum . . 

Haritu aku ada terbaca satu artikel dimana ia mengatakan bagusnya susu kambing diminum bersama kurma dalam ikhtiar hamil (nanti aku tepek artikel tu kat sini) . . Memandangkan kami suami isteri masih belum dikurniakan zuriat, maka aku rasa, apalah salahnya kita mencuba . . Lagipun aku dan suami memang biasa minum susu. Cuma kali ni nak mencuba susu kambing pulak.



So, bermulalah pencarian susu kambing . . Banyak yang jual susu kambing dalam bentuk serbuk tu. tapi aku rasa macam nak mencuba yang fresh . . search punya search, terjumpalah page SUSU KAMBING ABU SAMAH ni kat Facebook . .Dalam page tu pun dah siap bagi direction. So, memandangkan aku dan suami memang dah berada kat luar, pastu direction nak ke sana pun dalam 20minit plus minus je, terus la gerak ke sana . . Payah jugak nak cari susu kambing yang fresh ni. Sampai ke hujung kampung aku masuk. Susu kambing ni dijual dirumah je. takde kedai . . 



sesampai je kat rumah seller ni, nampak la kandang kambing tepi rumah dia . Macam nak masuk je dalam kandang tu. sebab lama dah tak tengok kambing dari dekat . huhu..


Memandangkan harga Susu Kambing Abu Samah ni murah sikit, jadi aku borong la 10botol . Pada mulanya nak ambil semua plain, tapi risau plak tak tertelan sebab tak tau apa rasanya lagi. So, beli la 7botol yang plain dan 3botol yang strawbery. 2 jenis ni je yang ada buat masa sekarang ni . . 

susu kambing ni kalau letak kat chiller tak tahan lama sangat sebab susu ni asli dan takde tambahan bahan pengawet. Tapi kalau letak kat freezer, susu ni boleh tahan 3bulan . . kalau nak minum, keluarkan 4jam sebelum minum bagi dia cair dulu. Senang nak minum . .

Sebotol susu kambing plain ni harganya RM8/botol . kalau yang perisa strawbery RM9/botol.
sebotol ni 200ml. Susu kambing ni mahal dari susu lembu. Mungkin sebab susah nak dapat kot. Tapi dengan harga RM8 sebotol(200ml), pada aku murah la. Sebabnya . . . .


 sebelum aku beli susu kambing Abu Samah ni, aku ada beli susu kambing kat kedai area pekan Kuching. Masa beli ni, tinggal dua botol je. plain dah habis. Yang ni sebotol RM16(280ml) . .. Mahallll...waaaaaaa



Size lebih kurang je. Kalo jumpa yang susu kambing Abu Samah ni dulu, aku tak beli dah yang lain. Tapi dah jumpa yang tu dulu kan . .sob..sob...


Ini adalah pengalaman pertama membeli dan mencuba susu kambing asli . . Lepas ni nak cari kurma plak. boleh blend skali ngan susu kambing ni. Semoga khasiat susu kambing dan kurma menjadi asbab untuk memdapatkan zuriat. Amin~

Friday, December 2

SEPHORA beauty pass, NYX Wonder Stick and jatuh cinta kali pertama dengan lip Cream from SilkyGirl =)

Assalamualaikum . . 

siapa yang follow blogpost aku baru-baru ni mesti sudah tahu yang aku sekanag terlalu into dengan makeup world sejak dua menjak ni . . dan apalah erti makeup kalau tak masuk Sephora kannnn . . So, hujung minggu haritu aku ada la jejak kaki ke Sephora The Spring, Kuching. . Pada mulanya niat nak tengok-tengok je, sementara Amir masuk surau . Dalam pada tengok-tengok je tu, terbeli la jugak Wonder Stick NYX ni



Wonder Stick NYX adalah untuk contouring dan highlight . . Masih tak pandai guna dan masih explore sendiri-sendiri kat Youtube Channel. hahaha. Aku baru tau yang produk NYX ni, kalau kat luar negara jual kat Drugstore je.. Tapi kat Malaysia ni tetiba jadi HighEnd produk plak. Tapi nasib la harga NYX produk ni lebih kurang harga barang kat drugstore je. Tu yang rasa nak beli tu . . Dan masa bayar kat kaunter tu, seller situ suruh isi form untuk beauty pass sephora ni . . isi je lah. Lagi pun tak de bayaran. 




Kemudian selepas lupa diri di Sephora, aku kembali berpijak dibumi yang nyata dengan kembali ke drugstore. Nak cari concealer dan matte lipstick. Jumpa la dua barang ni . . Ini adalah pertama kali aku mencuba matte lip cream dan tersuka tanpa sengaja pulak . . 


I'm falling in love with this matte Junkie Lip Cream from silkygirl! . .

photoshoot blakang langsir. muahahahaha


Assalamualaikum

A photo posted by Nor Farawahida Sahbudin (@edda414) on

exploring makeup and photoshot belakang langsir.

malas nak transfer gambar. amik kat instagram je. motif nak suruh korang follow my instagram jugak..=)